Sunday 11 January 2015

UPDATE K.O.U.R 2015

UPDATE K.O.U.R 2015 :



YANG DITUNGGU TELAH TIBA !!!


Berita baik kepada anda semua pengayuh tegar!!bermula hari ini pihak B.O.S menawarkan “Happy Hour” untuk anda membuat pendaftaran bagi menyertai K.O.U.R 2015 yang akan berlangsung tidak lama lagi!!!!

TEMPOH “HAPPY HOUR” BERMULA :
1PTG - 2PTG
9MLM - 10MLM

Keistimewaan yang akan anda peroleh pada tempoh “HAPPY HOUR” adalah seperti berikut:


• Peserta yang dapat mendaftar 3 orang peserta sekaligus dalam masa “Happy Hour” akan mendapat 5 % potongan untuk yuran penyertaan K.O.U.R .
• Peserta yang dapat mendaftar 5 orang peserta sekaligus dalam masa “Happy Hour” akan mendapat 10 % potongan untuk yuran penyertaan K.O.U.R .
• Peserta yang dapat mendaftar 10 orang peserta sekaligus dalam masa “Happy Hour” akan mendapat 15% potongan untuk yuran penyertaan K.O.U.R 

*KEPADA SETIAP PESERTA YANG MENGETUAI PENDAFTARAN TERSEBUT SILA MESEJ NAMA ANDA DAN PESERTA DIBAWAH ANDA KE 01112948067.

Sila download borang penyertaan disini :
http://kour2015.blogspot.com/p/borang.html

sila hantar borang ke email B.O.S:
badangoutdoorsolution1543@gmail.com


sebarang pertanyaan sila hubungi :
09-7473428 @ 09-7438428 (Waktu pejabat sahaja)



JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!!!!!







Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Setelah penelitian yang telah dibuat , pihak B.O.S telah membuat keputusan mengubah jarak dan laluan K.O.U.R 2015 daripada 277 km kepada 262km iaitu bermula UITM Machang - Kok Lanas - Kuala Krai - Jeli - Titiwangsa.



Keputusan ini dibuat kesan daripada banjir yang melanda Pantai Timur yang telah menyebabkan salah satu laluan K.O.U.R iaitu jambatan di kampung Pulau Setulu runtuh .

Berikut adalah jambatan runtuh di Kg. Pulau Setulu  







Laluan baru untuk K.O.U.R (262 KM):









Assalamualaikum dan salam sejahtera..
UPDATE K.O.U.R 2015


Berdasarkan perbincangan dan penelitian yang di buat bersama - sama jabatan terlibat dalam menjayakan program Kelantan Open Ultra Ride 2015.(K.O.U.R)




Pihak pengurusan Badang Outdoor Solution telah mengambil keputusan untuk MENANGGUHKAN tarikh bagi program K.O.U.R 2015 daripada 31 Januari kepada 21 MARCH 2015.



Keputusan untuk penangguhan ini di ambil kira berdasarkan faktor keselamatan , kesihatan dan sensiviti masyarakat setempat berkenaan dengan isu banjir yang telah melanda lokasi yang terlibat.
" CYCLING FOR BETTER HEALTH "






Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..

Hari ini pihak Badang Outdoor Solution dalam perbincangan bersama jabatan - jabatan yang terlibat untuk mendapatkan kata putus berkaitan dengan program Kelantan Open Ultra Ride (K.O.U.R) dan esok wakil daripada pihak B.O.S bersama pihak PDRM akan ke Kuala Krai , Gua Musang dan Jeli dengan berbasikal untuk checking laluan untuk K.O.U.R 

Pihak kami akan memaklumkan keputusan tersebut pada hari Rabu sama ada K.O.U.R 2015 , akan diteruskan pada tarikh yang telah ditetapkan atau ditunda kepada satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

No comments:

Post a Comment